Setelah 2 minggu aku terjebak dengan FCPO ni, banyak bende yang aku pelajari.
Aku dapati FCPO ni senang buat duit dan senang rugi. Dengan modal berbekal RM10K, aku sudah maintain berjaya dapatkan RM500 (2 lot) sehari. Disebalik itu, aku pernah rugi RM 2K dalam sehari. Bukan sekali, tapi 2 kali. Namun begitu, aku berjaya cover balik rugi dan berjaya maintainkan modal RM10K.
Tanggal 28/09/2015 buat pertama kalinye aku berjaya dapat untung RM4K sehari dgn modal RM10K tadi. Aku bersyukur sangat pada Tuhan atas rezeki yang diberi. Bawah ni buktinye:
Apa beza saham FCPO dgn Equity?
Pada pandangan aku, pergerakan harga FCPO ni adalah sgt pantas. Time Frame graf yang aku pakai ialah 1 minit. Kalau equity, guna 60 minit pun cukup. FCPO ni teknik analisis graf memang penting dan alhamdulillah teknik aku 70% tepat. Jujur aku katakan, aku berjaya buat untung dengan "Long" je. "Short" masih kurang yakin.
FCPO market naik atau turun boleh buat untung. Tapi equity hanya market naik je boleh buat untung.
Pada pemerhatian aku, FCPO bole untung 20% dalam sehari je manakala equity 20% itu dalam sebulan.
Kepuasan trade bagi aku berpihak pada FCPO kerana majoriti analysis aku tepat. Equity banyak dipengaruhi news dan bentuk graftnye kadang2 kurang memberi keyakinan pada ku.
FCPO modal sebenarnye digunakan untuk cover rugi. Kl harga jatuh dan nak hold, kene topup modal. Better cutloss je.
Equity pulak, makin banyak modal makin tinggi untung. Kl harga jatuh dan nak hold, hold je sampai harga naik sebab kita ade unit saham. Rugi masa je.
Lupa bgtau, sesiapa yang ada sakit jantung atau darah tinggi tidak digalakan trade FCPO. First time rugi RM2K waktu aritu, emosi terganggu dan terbawak dalam mimpi.
Monday, September 28, 2015
FCPO vs Equity
The Fibonacci Calculator is powered by Investing.com
The Pivot Calculator is powered by Investing.com
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment