Syarat:
1. Buka CDS akaun yang ada brokerage fee yang murah. Saya cadang Ambank(RM6) atau M++(RM8).
2. Buka "Cash Account".
3. Modal kena 10K ke atas sebab target untung 1% sehari.Kl 10K, untung 1% = RM100. Untung bersih = RM100 - RM40(Brokerage Fee) = RM60.
4. Target beli satu saham je untuk sesuatu masa. Jangan split modal.
Mindset:
1. Makin lama kita hold sesuatu saham itu, makin besarlah risiko yang bakal kita hadapi.
2. Biar banyak trade yang untung, supaya modal kita compounding.
3. Target rugi 2~3% sahaja. Jgn yakin saham yang jatuh akan naik semula. Kita tidak boleh tahu masa depan, hanya Tuhan saja yang tau.
4. Kl kita sudah jual saham, tetapi saham tu terus naik, anggap lah itu bukan rezeki kita. Syukur dgn untung yang kita dapat.
5. Jgn ghairah nak beli je. Tgk KLSE trend. Kl dari pagi sampai petang turun je, jangan cube2 nk masuk.
Cara beli/jual saham :
1. Tgk trend KLSE dalam tempoh 5 hari. Klik sini
2. Ketika keadaan ekonomi Malaysia x stabil ni, dari pukul 9~11 pagi, trend akan turun seketika. Kemudian naik selepas 11 pagi.
3. Kl ada beli saham semalam, jual awal pagi. Kemudian beli saham selepas KLSE u-turn menaik pada hari itu.
4. Beli saham yang banyak "Trade". Trade banyak tu bermaksud kl pukul 10pagi tu, saham dah ada > 200 trade. Jika Volume tinggi Trade kurang, itu adalah Perangkap. Gambar di bawah tu, saya tunjuk ape itu Trade.
5. Beli saham yang harganye boleh dapat untung lebih 1%. Contoh: Kl beli saham yang harganya RM12 dan bandingkan dengan saham RM1, mana senang untung 1%? Mestilah yang RM1..
6. Saya syorkan saham dalam range harga RM0.25~RM1.50. Perlu diingat, saham yg murah adalah lebih berisiko.
7. Tgk "Market Depth" untuk lihat demand sesuatu saham tersebut sebelum beli.
Berdasarkan rajah, ade 184 orang yang berminat nk beli saham ni. Manakala penjual hanya ade 88 orang. Tgk juga pada Volume. Pada harga 0.47, orang nk jual 1.06M unit saham. Tetapi ade orang yg nak harga pada 0.465 dan 046 dgn jumlah unit 403.7K + 1.09M = 1.4937M. Kebarangkalian saham ini akan naik ke harga 0.475 adalah = (1.4937M - 1.06M)/1.06M x 100% = 40.9%. Boleh beli sbb ade 17(harga 0.465)+29(harga 0.46) = 46 pembeli berbanding 8 penjual(harga 0.47). Total bid pun lebih (2,228,346) berbanding total ask(1,479,126) tapi risiko sbb 40.9% je kebarangkalian nk naik. terpulang pada diri untuk decide. Kl lebih 70% mmg patut dibeli.
8. Tgk juga Quater Report sesuatu saham itu. Tgk untung ke rugi. Kl untung, bandingkan dengan saham yang lain. Contoh: Saham A untung 10K, harga saham RM1. Saham B untung 2K, harga saham RM2. Tentulah saham A lebih bagus. Tapi jika saham A & saham B mempunyai harga dan untung yg sama, lihat pada Capital. Kl capital A = 10M manakala capital B = 100M, saham A adalah bagus kerana syarikat A yang kecik mampu berjaya untung seperti syarikat B yang besar.
9. Tgk juga Dividen yg diberi. Kl saham tu maintain bagi dividen tiap tahun, baguslah saham tu. Kl Quarter report bagus tp xde dividen, boleh beli tp berisiko.
10. Tgk graf untuk lihat resistance. Kl resistance saham tu sudah mula pecah, potensi saham tu nk naik adalah tinggi.
11. Tgk juga saham IPO. Kl kite xdpt beli time sebelum release, beli la pada awal pagi pada released day. Upcoming IPO.
12. Jual saham bile dah dapt untung atau KLSE mula trend turun.
13. Kl KLSE trend naik, hold dulu untuk untung maksima.
14. Jual saham sebelum Quater report keluar untuk mengurangkan risiko rugi. Kl Quater report untung dari sebelumnya, beli balik. Upcoming Quater Report.
15. News juga mempengaruhi sesuatu saham itu. Latest News.
Penting:
1. Jadikan KLSE trend sebagai reference untuk beli, jual atau hold.
2. Kl KLSE jatuh -0.8%~-1.5%, cube beli saham time u-turn pada hari esoknya.
3. KLSE gain: 0~0.2% (Biasa) , 0.2%~0.5%(Sederhana) , 0.5%~1%(Luar Biasa), >1%(Sgt Luar Biasa).
4. Cari saham Trade banyak + Quater report OK + Demand banyak + Pecah resistance + Vol banyak.
5. Sebelum beli, tgk market depth untuk dapatkan confident ke atas belian.
6. Sentiasa cuba dapatkan duit di tangan kita secepat mungkin untuk meminimakan risiko.
7. Kl trade hari2 untung 1%, kl 20 hari = 20% untung (Jgn Tamak).
8. Sentiasa sedekah selalu!!!
Ni hasil dari teknik ni (32% untung dalam sebulan tp modal 7K):
0 comments:
Post a Comment