Friday, December 26, 2014

on 2 comments

Teknik ASB Tanpa Modal ROI Infiniti

Teknik ni untuk orang yang tidak mahu keluarkan duit di tangan tapi ingin menyimpan. Kita akan gunakan KWSP Account 2 sebagai tool.

Syarat :
1) Kena ada KWSP
2) Sudah beli rumah.

Analisis KWSP Berdasarkan Gaji :
1) KWSP majikan = 13%, anda = 11%. Account 1 = 70% , Account 2 = 30%.
2) Maksudnya, formula untuk Account 2 = (13%+11%) x Gaji x 30% = 7.2% x Gaji
3) Katakan gaji anda RM 5,000 maka duit yang masuk Account 2 anda setiap bulan = RM 360
4) Pilih loan ASB yang installmentnya tidak lebih dari RM360 dan pastikan duit bulanan rumah lebih RM360.
5) Katakan anda pilih loan ASB 50K 25thn, installment per month = RM300. Setahun = RM 3,600
6) Pergi ke KWSP, cakap nak buat bayaran rumah secara bulanan untuk setahun sahaja. Mintak RM300 sebulan iaitu RM 3,600 setahun.
7) So, KWSP akan asingkan RM 3,600 dari  Account 2 untuk bagi RM300 bulanan kpd anda.
8) Duit akan masuk direct kt account bank anda setiap bulan sampai cukup setahun.
9) Selepas setahun, apply lagi pengeluaran Account 2 dan seterusnya.
10) Kenapa kena buat tiap2 tahun? Lecehla.. --> Sbb KWSP ada dividen. Kl kluar banyak sekaligus anda rugi.
11) Kl duit bulanan rumah lagi rendah dari bulanan loan, terpaksalah topup pakai duit sendiri.

Update 01/01/2015 : Sebenarnya anda boleh keluarkan KWSP Acc 2 tu berapa banyak pun tak apa. Sbb dividen tetap diberi kepada baki wang yang telah diasingkan tu. Maksudnya, kl kite kluarkan untuk 2 tahun, balance tahun pertama tu akan dapat dividen.

Teknik Split Loan ASB :
Selepas itu, buat loan ASB 50K setiap tahun sampai cukup 200K. Maknanya anda ada 4 loan 50K. Just bayar loan 50K yang pertama guna KWSP Account 2 sampai 25tahn. Korbankan dividen bagi loan pertama selama 3 tahun untuk bayar installment tahun pertama bagi 3 loan yang lain tu. Bila 3 loan yang lain tu dah cukup setahun, guna dividen masing2 untuk bayar installment bulanan. Pada tahun ke-29, semua setel.
Teknik ni biasa orang buat.

Perbandingan Antara Simpan Sendiri VS Loan ASB (Selepas 28 thn) :
Anda sebenarnya boleh simpan sendiri tanpa guna loan ASB. Dengan menggunakan teknik KWSP, iaitu RM 300 sebulan, anda hanya akan dapat:
Simpan sendiri = RM 309,658


 Kl guna Loan ASB :

Hasil Loan 50K pertama = RM 304,916
Hasil Loan 50K ke-2 =  RM 84,298
Hasil Loan 50K ke-3 =  RM 78,416
Hasil Loan 50K ke-4 =  RM 72,946
Total =  RM 540,577 (Anggaran, mungkin lebih lagi)

Kesimpulan :
1) ROI adalah infiniti sbb kita tak keluar duit dalam tangan.
2) Orang yang ada KWSP & Rumah sahaja boleh guna teknik ini.
3) Kl loan installment bulanan lagi tinggi dari duit KWSP Account 2, just kena topup pakai duit sendiri.
4) Apply pengeluaran KWSP Account 2 setiap tahun. Jangan keluarkan semua Account 2 tu. Kang dividen KWSP tu sikit.
5) Guna teknik split loan ASB sampai 200K untuk hasil yang maksimum.
6) Guna dividen loan pertama untuk bayar installment tahun pertama bagi setiap 3 loan yang lain. 

2 comments:


The Fibonacci Calculator is powered by Investing.com

The Pivot Calculator is powered by Investing.com
Powered by Blogger.